Friday, April 12, 2013

PRU-13: Feng syui pun terbabit...


Pakatan Rakyat Harapan Rakyat
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Malaysia menarik minat semua pihak, termasuk pakar feng syui.
Seorang pakar feng syui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang PRU13 dan kekal berkuasa serta merampas semula Selangor dan Kedah daripada pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).
Encik David Koh, 67 tahun, turut meramalkan BN menang lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun, BN akan menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi agensi berita rasmi Bernama.
Sebelum ini, Encik Koh memberitahu stesen televisyen Bernama TV bahawa beliau meramalkan PRU13 jatuh pada 5 Mei.

Tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, mengumumkan tarikh tersebut kelmarin.
Biarpun ramai beranggapan ramalannya sekadar 'tembak angin', Encik Koh berkata ia berasas kerana beliau menggunakan pengiraan feng syui yang dikenali sebagai Shi, yang membawa maksud perang.
"Selepas pembubaran parlimen pada 3 April lepas, kita ada 60 hari bagi mengadakan pilihan raya. Menurut formula Shi, dalam tempoh 60 hari itu ada satu hari perang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya. - Agensi.