Thursday, April 18, 2013

PRU 13: KEADILAN 102 Parlimen, 162 DUN. Ini Kali Lah...


KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
Perkara itu dimaklumkan pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada calon-calon KEADILAN di sebuah hotel di Subang Jaya hari ini.
“KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak,” kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya parti.
Jumlah kerusi itu meliputi 64 kerusi di Semenanjung, 21 di Sabah dan 17 di Sarawak.
Jelas Azmin, terdapat pertambahan kerusi di Sabah kerana parti tempatan iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera KEADILAN.
“Bagi DUN pula, kita ada 162 kerusi tidak termasuk di Sarawak,” katanya.
Pada PRU 2008, KEADILAN bertanding sebanyak 97 kerusi Parlimen dan 178 DUN.
Kerusi dimenangi peringkat Parlimen adalah 31 manakala di DUN pula 42.