Monday, April 22, 2013

PRU: Sebagai rakyat kita berhak humbankan Pakatan Rakyat

Semalam, 20hb April 2013; Hari Penamaan Calon bagi pilihan raya umum ke-13 dan secara resminya gendang perang PRU-13 bermula. Sejumlah 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi rebutan dua gabungan parti politik terbesar tanah air; Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional selain beberapa parti kecil dan Calon Bebas. (Pecahan jumlah kerusi parlimen dan DUN)

kuasa rakyat
Selama 56 tahun Malaya, kemudiannya Malaysia ditakbir-urus oleh Umno Perikatan dan kemudiannya Umno BN telah membawa pelbagai perubahan yang sukar dinafikan. Membaca tulisan Kerajaan Rakyat, pembaca harus fahami; "perubahan" bukan bermaksud "kemajuan" dan perubahan juga tidak tidak sama sekali sama ertinya dengan "Tranformasi" yang diuar-uarkan oleh Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Dalam kontek tadbir-urus sesebuah negara, perubahan Nusa dan Rakyat tadbirannya harus diukir dalam dua aspek induk; Perubahan Insaniah dan Perubahan Lahiriah. Kededua perubahan tersebut pula harus sejajar dengan tuntutan masa dan seimbang dengan aliran dana perolehan nusa.

Dalam bahasa mudah, perubahan lahiriah dari bermotorsikal ke berkereta, tidak bermakna itu sebagai kemajuan mutlak andai ianya tidak seiring dengan perubahan sifat insani mithali. Perubahan mutlak seharusnya sejajar antara material dan akhlak. Perubahan material hasil peningkatan perolehan dana nusa seharusnya seiring, malah wajib mengangkat bersamanya karamah insaniah.



Selama 56 tahun Malaysia di bawah tadbir-urus Umno BN telah berjaya membawa perubahan material, malangnya perubahan yang dibawa adalah 'Perubahan Tempang' kerna ia tidak seimbang dalam banyak perkara utama.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Perolehan dana nusa bertambah, malangnya perolehan rakyat marhean tidak seiring. Benar, ada rakyat yang semakin kaya, tetapi lebih ramai rakyat yang kekal, malah semakin miskin. Hal ini terjadi kerna perubahan lahiriah telah gagal disulam sama dengan perubahan insaniah oleh pentadbir negara. Lantaran ramainya pemimpin yang tiada harga diri, unsur insani mithali, hambar, justeru dana negara disendiri-punyakan dan hak rakyat marhean dimilik-kronikan.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Tanpa menafikan sumbangan yang tidak seberapa pimpinan negara di bawah kerajaan Umno BN, rakyat seharusnya bijak menggunakan peluang memilih kerajaan baru agar 'Perubahan Tempang' oleh kerajaan Umno BN dapat dilurus-telus-uruskan.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Lima tahun selepas pilihan raya umum ke-12 telah membuktikan betapa kelantangan pemimpin Pakatan Rakyat menegur kesilapan dan ketempangan kerajaan Umno BN telah memberi faedah dan manfaat yang bukan sedikit kepada rakyat marhean. Lima tahun selepas pilihan raya umum ke-12 juga telah membuktikan ketelusan serta kebijaksanaan tadbir-urus kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang juga telah berjaya membawa Perubahan Insaniah dan Perubahan Lahiriah yang jauh lebih seimbang dibandingkan 56 tahun Malaysia secara keseluruhannya di bawah pentadbiran Umno BN.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Demi berlaku adil kepada diri kita sendiri sebagai rakyat marhean, amatlah wajar dalam pilihan raya umum ke-13 ini kita buat pertama kalinya memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati ketelusan dalam pentadbiran negara bagi mengangkat karamah insaniah yang dimanifestokan oleh Pakatan Rakyat. Ini Kali Lah, berilah undian kita kepada Pakatan Rakyat.

Seandainya selepas peluang diberikan, mereka gagal, sebagai rakyat kita berhak humbankan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-14.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Negara kita, hak kita. Undi kita, kuasa kita.
Kerajaan Rakyat