Wednesday, April 3, 2013

Senarai Terkini Calon KEADILAN yang telah disahkan bertanding dalam PRU-13


Senarai Calon KEADILAN yang telah disahkan bertanding dalam PRU-13
Selepas pengumuman pertama Senarai Calon KEADILAN yang telah disahkan bertanding dalam PRU-13 beberapa hari lalu, semalam di Johor Bahru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee, Johor, mengumumkan:

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU 13.

Selain itu, tiga lagi calon KEADILAN kerusi Parlimen di Johor turut diumum Anwar.

Mereka ialah Steven Chong Siaw, seorang akauntan bertauliah dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertanding di Parlimen Tebrau.


Parlimen Muar diwakili lulusan London Institute of Public Relations, Mohd Hizwan Ahmad yang juga seorang reformasi yang komited dalam perjuangan sejak dulu.

Parlimen Batu Pahat pula diwakili Datuk Idris Jauzi, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, selain aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Pru-13: Penipuan besar dan menyeluruh sedang dirancang dan diusahakan
Anwar... andai kau terpenjara lagi