Thursday, April 25, 2013

SPR mengelat la. Tak aci la macam ni. menyampah aku... nyampah !!


Kalau main tipu macam ni, letak batang pisang bertanding guna logo BN pun boleh menang. Bukan aku tak tahu orang yang undi BN tu semuanya buta hati. Menyampahlah aku macam ni. SPR asyik main tipu je. Tak aci la cam ni.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.

Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.

“Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.


“Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR.

“SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka,” kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.

Apakah sebenarnya fahaman agama Zulkifli Noordin?
I pun tak sangka U, U gitu-gitu, nyampah aku...
Sebagai rakyat kita berhak humbankan Pakatan Rakyat