Friday, April 5, 2013

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim contoh pemimpin berintegriti tinggi


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
PRU-13: Hanya separuh peruntukan untuk ADUN Selangor

Seluruh exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor haya dibenarkan menggunakan separuh sahaja daripada peruntukan masing-masing menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau dan pegawai kewangan negeri membuat keputusan itu bulan lalu bagi mengelakkan perisiwa 2008 berulang, apabila kebanyakan peruntukan habis digunakan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran daripada BN.

"Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikan rakyat tidak terabai," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, Abdul Khalid juga mengumumkan, mulai hari ini negeri Selangor akan ditadbir oleh kerajaan sementara yang bermakna menteri besar dan exco akan terus melaksanakan tugas sebagai sebuah kerajaan berkecuali.