Sunday, April 14, 2013

Ugutan Wakil Rakyat PKR: Bertanding Sebagai Calon Bebas Jika Tidak Dicalonkan Semula



parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff
Kerajaan Rakyat SOKONG Yusmadi TIDAK DICALONKAN jika itu keputusan pucuk pimpinan parti. Jika Yusmadi memilih untuk bertanding sebagai calon bebas, ternyata DIA SEORANG PENGKHIANAT... !!

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu menamakan Muhd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon PKR untuk kerusi tersebut dan tidak mengumumkan sama ada Yusmadi akan bertanding sekali lagi.

Penyandang kerusi parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff mungkin mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas selepas digugurkan dari senarai PKR.


Yusmadi dalam ucapannya kepada sekumpulan penyokong pada malam tadi berkata lambang parti yang akan digunakannya itu masih tidak dapat dipastikan.

Selain para penyokongnya, turut hadir di kalangan 300 orang itu ialah anggota PKR, sekumpulan lelaki dengan baju Pekida, Umno, Gerakan dan Parti Rakyat Malaysia.

Beliau akan membuat keputusan selewat-lewatnya pada 19 April, sehari sebelum tarikh penamaan calon.


Fahami sebahagian budaya PKR