Wednesday, May 15, 2013

Agen Amerika di Malaysia mendapat pujian Barack Obama

Agen, Dalang utama Amerika di Malaysia
Agen Amerika: Najib Razak
Cacian yang selama ini dihamburkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan para balaci pembodek tegarnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai Agen Yahudi, Agen Amerika, Agen Barat dan Agen James Bond 007, ternyata satu fitnah yang menempelak ke muka Najib Razak sendiri.

Urutan berita yang dipetik daripada agensi berita resmi; BERNAMA di sini, terbukti sebenarnya Najib Razak adalah agen dan dalang utama Amerika di Malaysia.

Sekalipun masyarakat dunia mengetahui bahawa pilihan raya umum ke13 diselubungi oleh penipuan dan penyelewengan maha dahsyat, Najib Razak, presiden Umno BN tetap dipuji oleh negara yang menjadi penyokong kuat Zionist Yahudi.

Selepas 10 hari pilihan raya umum ke13 berlalu, hanya negara yang berpaksikan Zionist Yahudi sahaja yang memuji kemenangan Najib Razak dalam pru13 kerna kebijaksanaan Umno BN menipu dalam pilihan raya.

PRU13 'ibu segala penipuan'