Tuesday, May 7, 2013

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik ketua penyiasat

Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli ketuai siasatan penipuan pilihanraya.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan menyiasat penipuan pilihan raya kerana Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.


Anwar berkata pasukan itu telahpun memula bertugas untuk mengumpul semua maklumat dan bukti penipuan dan penyelewengan di seluruh negara.

Katanya, pasukan itu memadankannya bukti tersebut terhadap analisis empirikal keputusan kawasan pilihan raya tertentu untuk mengetengahkan kawasan yang keputusannya dipertikaikan.


Anwar berlata. pasukan itu, bersama-sama dengan pasukan yang sama daripada DAP dan PAS, akan bekerjasama rapat dengan tribunal rakyat BERSIH untuk menangani perkara ini.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya.