Sunday, May 19, 2013

Aku mengira hari; merenung warna politik negara


Ujian dari Allah SWT
Seperti hari-hari yang berlalu, selepas 'morning walk' dan senaman ringan yang ringkas, aku bersarapan roti high fiber dan yogurt bersama segelas air suam. Selepas doktor nasihatkan jangan makan roti canai di kedai 'pak metua' kerna masalah jantung, roti dan yogurt menjadi menu lumrah sarapanku.

Aku adalah spesis manusia yang tidak suka on handphone di waktu pagi.. aku lebih nyaman uruskan urusan peribadi tanpa gangguan deringan talipon. Tapi, pagi tadi terpaksa on kan handphone kerna ada sesuatu yang terlintas di mindaku.

Oh.. sudah 19hb rupanya........ !!

Kerajaan Rakyat
Aku teringat seawal jam 8.30 pagi pada 5hb Mei 2013, aku melangkah keluar dari rumah untuk ke Puchong... Tanpa bersarapan, aku terus bersama ratusan rakyat Malaysia lainnya... beratur di Sekolah Keb. Puchong Utama 2.

Aku... anak kelahiran Johor, menetap di Selangor, adalah antara 13,268,002 rakyat Malaysia yang layak mengundi pada pru13... dan aku juga adalah satu diantara 13,268,002 rakyat Bangla, rakyat Indon, rakyat Nepal, rakyat Filipina, rakyat Myanmar dan entah rakyat dari benua mana lagi yang  diizin oleh kerajaan sementara Umno (Baru) BN untuk menentukan masa depan tanahairku.

Sekitar jam 1.00 tengahari baru aku jari telunjuk kiriku dapat dicalit dengan 'dakwat kekal' yang tidak kekal, sebagai tanda aku telah menjalankan tanggungjawab ku sebagai pemilih berdaftar dalam pilihan raya umum ke13.

Undiku bukan rahsia lagi. Aku berikan kawasan parlimen P.103 - Puchong kepada Gobind Singh Deo. Manakala kawasan N.29 - Seri Serdang, aku ikhlaskan kepada Puan Noor Hanim Ismail untuk menjadi wakilku di Dewan Undangan Negeri Selangor.


Perut terasa terlalu lapar, tapi hati terlalu ghairah untuk beramah dengan petugas parti PAS dan DAP di pondok panas. Aku habisi waktu kira-kira 20 minit bersama mereka sebelum aku bergerak ke kedai makan berhampiran untuk memenuhi tuntutan perut.

Seperti setiap pilihan raya yang aku lalui, selesai urusan mengundi aku jelajah beberapa kawasan pilihan hati. Dari Puchong Indah, aku ke Putra Perdana, dalam kawasan parlimen Sepang, kira-kira 20 minit memandu aku pun sampai ke destinasi yang dituju. Aku punya ramai kenalan dikalangan pimpinan Umno bahagian di sini. Malah satu ketika dulu, lama dulu, aku pernah diminta membuat ceramah motivasi politik 'pasak tubi' kepada Wanita Umno dalam 'kumpulan rumah 10' di sini. 'Pasak Tubi', ceramah motivasi politik yang menjadi tugas utama aku semasa bersama Umno di negeri kelahiran, bagi setiap pilihan raya... dan aku masih ingat, lumayan upahnya!!

Dari Putra Perdana, bersama CD, yang kelihatan letih kerna menunggu dalam kereta semasa aku beratur untuk mengundi, kami ke Seri Serdang. Dulu kawasan ini diwakili oleh Datuk Satim Diman, ADUN mewakili Umno (Baru) yang mengikut cerita masyarakat Serdang antara pemimpin Umno (Baru) Selangor yang paling kuat merakus rasuah!

Aku tidak mempunyai apa-apa agenda khusus di Serdang, sekadar meninjau pesta pilihan raya. Dari Seri Serdang, melalui Bukit Serdang, aku keluar di Bukit Jalil dan menuju ke kawasan parlimen yang didakwa paling top dan hot dalam sejarah pilihan raya umum; P.121 - Lembah Pantai. Di kawasan yang dimenangi oleh Nurul Izzah Anwar ini aku sekadar berhenti minum sambil mencuri dengar bual kedai kopi beberapa petugas parti politik yang bersembang seakan 'menteri kanan serba tahu' di gerai berhampiran rumah pangsa PPRT.

Sekitar jam 5 petang, aku dan CD telah berada di Tropicana; Rumahku Syurgaku.

SEBENARnya apa yang aku titipkan di atas sekadar catatan peribadi, bukan itu yang ingin aku ceritakan.

Sekali lagi aku merenung handphone ku, betul... 19hb Mei 2013. Jam di handphone ku menunjukkan pukul 9.48am.

Aku mengira hari;

Pru13 - 5hb Mei 2013. Hari ini - Ahad 19hb Mei 2013. Mulai 6hb Mei hingga hari ini sudah 14 hari Malaysia diperintah secara haram oleh KERAJAAN HARAM Umno (Baru) BN, justeru yang sama-sama mengundi tanggal 5hb Mei 2013 lalu bukan hanya aku dan rakyat Malaysia, TETAPI; ada orang Bangla, ada orang Indon, ada orang Nepal, ada orang Filipina, ada orang Myanmar dan ada entah orang dari benua mana lagi yang telah diberikan kad pengenalan Malaysia bagi mengizinkan mereka secara haram oleh pengkhianat yang bernama Suruhanjaya Pilihan Raya dengan kerjasama Umno (Baru) BN untuk menentukan masa depan tanahairku.... !!

Aku sendirian di rumah kini dan aku teringatkan anak-anakku; entah bagaimana warna politik negara tika mereka berusia seperti aku. Doaku, Ya Allah, dengan segala kebesaran dan kekuasaan Mu, peliharakanlah negaraku dari kekejaman manusia. Ameen Ya Rabb.

Asuh anak cemerlang menurut Islam