Wednesday, May 15, 2013

Anwar Ibrahim yang degil dan ungkal akan kecundang juga akhirnya!


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar ni kalau dia bolih kurangkan sikit degil dia.. bolih kawal sikit ungkal dia.. rasanya lebih baik dan lebih selamat untuk dia. Silapnya Anwar, kekadang dia melatah.. Walaupun dia jarang melatah.. tetapi sesekali dia melatah.. impak negatif memantul balik kepadanya. Ini amat bahaya.

Terjahan Anwar berkaitan panggilan telephone Barack Obama kepada Najib, saya kira satu kesilapan besar. Puak syaitan dikenali dengan bantuan akhbar penfitnah terkemuka negara, Utusan Malaysia akan spin terjahan Anwar ini seligat mungkin dan puak haram jadah itu akan mengatakan "Anwar agen Yahudi, Anwar agen Amerika" kerna Anwar mengadu kepada Barack Obama! Selepas itu Anwar tak perlu buat kerja lain; jelajah lagi seluruh negara hanya untuk memperbetulkan kenyataannya yang telah dispinkan itu! Maka, para pencacai Anwar akan buat kesekian kalinya melaungkan kata-kata keramat mereka "Hidup Anwar!" dan bersorak dijalanan hingga larut malam.

Nota: Perbedaan antara 'Penyokong" dan "Pencacai"
- Penyokong; Menyokong tindakan Anwar jika difikirkan ianya baik untuk Anwar dan baik juga untuk rakyat. Penyokong juga akan mengkritik Anwar jika dianalisa ianya bakal mencederakan Anwar.
- Pencacai; Menyokong tindakan Anwar tanpa berfikir samada ianya baik ataupun tidak. Pencacai juga tidak mempunyai kewibawaan menganalisa sesuatu perkara berdasarkan keperluan semasa bersendikan tempat dan masa. Justeru perkembangan minda para pencacai yang terencat, mereka tidak mempunyai keberanian untuk mengkritik. Period!

Anwar, kalau ante teruskanlah dengan sikap ungkal ante tu, percayalah ante kecundang juga akhirnya!

Portal Malaysiakini melaporkan:


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.