Tuesday, May 7, 2013

Bloggers dan Facebookers Pro Pakatan Rakyat tolong jangan reka, sebar fitnah !

Tiada gangguan elektrik waktu kira undi
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13, semalam.

Sehubungan itu, TNB dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi meminta semua pihak supaya menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar dalam media sosial.

"Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.

"Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut," menurut kenyataan itu.

- Bernama

Selepas pilihan raya umum 13: Buat sahabat, kawan dan kenalan