Monday, May 27, 2013

British Open: Nicol David tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.

British Open: Nicol David
 
British Open: Nicol David tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.
Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraannya di Squash Terbuka British setelah tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.


Pada perlawanan peringkat akhir semalam di Pontefract, West Yorkshire, England, pemain negara itu dikejutkan oleh Massaro dengan mata 4-11 dalam set pertama, tetapi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 bila Nicol mengatasi dengan mata 11-3 pada set kedua.

Bagaimanapun, Nicol kelihatan hilang momentum dalam dua set berikutnya yang menyaksikan Massaro mengikat perlawanan dengan mata 12-10 dan 11-7 dalam masa 53 minit.

Nicol memenangi Terbuka British sebanyak empat kali pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.

"Sebenarnya, saya lebih banyak memerhatikan gerak geri beliau (Massaro), dan tidak menumpukan kepada hantaran saya...Memang, beliau bermain lebih baik," katanya.

Kepada satu soalan, "Oh ya, saya akan kembali lagi," Nicol disebut sebagai berkata pada laman web rasmi kejohanan itu britishopensquash.

Ini kekalahannya kali kedua kepada Massaro setakat ini tahun ini.

Kekalahan pertama di separuh akhir Squasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013.

-Bernama