Saturday, May 11, 2013

Dua Blogger pakar spin masih ditahan polis


Pemilik blog kontroversi Papagomo dan King Jason masih ditahan reman.
papagomo dan muhyiddin yassin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kedua-dua pemilik blog itu akan terus kekal dibawah pengawasan polis sehingga siasatan selesai.
"Orang ramai tahu penahanan pemilik blog, King Jason, Milo Suam dan Papagomo.
"Walaupun Milo Suam dibebaskan dengan jaminan polis, kami masih menahan reman Papagomo dan King Jason sehingga siasatan selesai," katanya kepada The Star pada Jumaat.
Pada 7 Mei lalu, polis menahan dua pemilik blog selepas laporan polis dibuat terhadap mereka kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman dalam laman media sosial.
PapaGomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota manakala King Jason, 38, di Kampung Jawa, Klang.