Monday, May 27, 2013

Exco Selangor angkat sumpah jawatan Khamis ini pada jam 9.30 pagi

Tan Sri Khalid Ibrahim.
Majlis angkat sumpah jawatan Exco Selangor akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang, Khamis ini pada jam 9.30 pagi, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ia setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada senarai calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018.
“Saya akan terus berjumpa wakil parti politik dari Pakatan Rakyat Selangor selepas ini untuk memberitahu senarai calon yang diperkenankan baginda ini,” katanya dipetik media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.
Khalid berkata, Sultan turut memberi perkenan baginda kepada pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Jerangkung dalam PKR