Friday, May 3, 2013

Facebook dilapor hilang jutaan pengguna setiap bulan


LONDON: Laman rangkaian sosial Facebook dilaporkan kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia. Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.
facebook bahaya
Facebook Mukabuku
Ramai pengguna meninggalkan Facebook dalam mencari alternatif seperti Path dan Instagram, yang dimiliki sendiri oleh Facebook setahun lalu. Data itu mengatakan bahawa enam juta pengguna Amerika Syarikat meninggalkan laman itu bulan lalu, dengan lagi 1.4 juta di Britain. - Agensi.