Friday, May 24, 2013

Hak Muslim Ke Atas Muslim


6 Hak Muslim Ke Atas Muslim
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
حقُّ المسلمِ على المسلمِ ستٌّ . قيل : ما هنَّ ؟ يا رسولَ اللهِ ! قال : إذالقِيتَه فسلِّمْ عليه . وإذا دعاك فأَجِبْه . وإذا استنصحَك فانصحْ له . وإذا عطِس فحمِدَ اللهَ فشَمِّتْهُ وإذا مرِضَ فعُدْهُ . وإذا مات فاتَّبِعْهُ

“Hak Muslim ke atas Muslim ada enam.”

Bertanya para sahabat:  “Apakah ia wahai Rasulullah?”

Bersabda Baginda:  “Apabila berjumpa, maka ucapkanlah sama; Apabila dijemput, maka datanglah; Apabila diminta nasihat, maka berilah dia nasihat; Apabila bersin lalu dia mengucapkan ‘alhamdulillah’, maka doakanlah untuknya; Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia; Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.”

6 Hak Muslim Ke Atas Muslim
(Diriwayatkan oleh Muslim)