Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Friday, May 17, 2013

Info Kesihatan: Tentang buah dada (Bacaan Dewasa Sahaja)


Ramai puji tindakan Angelina Jolie bedah buah dada elak barah
Angelina Jolie bedah buah dada
LOS ANGELES: Aktivis kesihatan, doktor dan peminat Hollywood memuji tindakan pelakon terkenal Angelina Jolie mendedahkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan kedua-dua buah dadanya bagi mengurangkan risiko diserang barah.
Jolie membuat pendedahan itu menerusi satu artikel berjudul 'My Medical Choice' yang disiarkan The New York Times Selasa lalu.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati bintang berusia 37 tahun itu mempunyai risiko 87 peratus menghidapi barah buah dada dan 50 peratus barah ovari kerana memiliki gen "cacat", BRCA1.
"Saya menjalani pembedahan membuang buah dada kerana saya didapati mempunyai risiko menghidap barah buah dada.
"Ibu saya meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat barah (ovari) dan saya tidak mahu menjadi begitu. Saya boleh beritahu anak saya bahawa mereka tidak perlu bimbang yang mereka akan kehilangan saya ekoran barah buah dada," kata Jolie yang mempunyai tiga anak angkat dan tiga anak kandung itu.
Doktor bedah Jolie, Dr Kristi Funk, memuji tindakan berani Jolie dengan berkata:

"Kami berharap kesedaran yang beliau wujudkan di serata dunia akan dapat menyelamatkan lebih ramai nyawa."
Jolie telah menjalani pembedahan pertama pada 16 Februari dan yang terakhir pada 27 April lalu.
Pelakon itu kemudian telah menjalani pembedahan plastik membentuk semula buah dadanya menggunakan implan.
Jolie, yang dihormati kerana giat melakukan kerja-kerja kemanusiaan di luar negeri, berkata beliau tampil berkongsi pengalamannya bagi membantu wanita lain memahami pilihan perubatan yang boleh mereka ambil.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa di negara-negara kurang maju membantu golongan wanita di negara mereka mendapatkan penjagaan kesihatan yang mereka perlukan.
"Saya menulis mengenai perkara ini sekarang kerana saya berharap wanita lain dapat meraih manfaat daripada pengalaman saya. Barah masih merupakan perkataan yang menimbulkan rasa gerun dalam hati kita," kata Jolie.
Sementara itu, beberapa doktor pula melahirkan keprihatinan bahawa kaum wanita akan menjalani ujian gen yang tidak perlu ekoran pendedahan Jolie. - AP, AFP.