Saturday, May 4, 2013

Jika Pakatan Rakyat menang, Ini jaminan kami terhadap ISLAM dan MELAYU

Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PAS memberi jaminan akan mempastikan Islam dan Melayu terbela sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat jika ia mendapat mandat mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke 13 ini.

Jaminan ini diberikan oleh dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan berasingan mereka.

"Saya dengan ini, memberi jaminan seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, maka PAS akan terus menjunjung kemuliaan Islam dan memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai tunjang kepada sistem Raja Berperlembagaan," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya.


"PAS akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam terjaga dengan baik dalam Pakatan Rakyat tanpa sedikitpun mengganggu atau bertindak tidak adil kepada mana-mana pihak," kata Tuan Guru Abdul Hadi pula dalam kenyataannya. 

"Maka kewujudan agensi dan entiti seperti UITM, MARA, Tabung Haji dan lain-lainnya akan terus diperkukuhkan sesuai dengan tuntutan masa untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit di dunia luar," tegas beliau lagi.