Saturday, May 25, 2013

Kongres Nasional Keadilan: Mauduk pidato seorang Anwar


Kongres Nasional Keadilan: Mauduk pidato seorang Anwar
Integriti, Keyakinan diri, Kekuatan peribadi.
Apabila dalam Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Petaling Jaya petang tadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata; "Kita jangan kompromi dengan prinsip integriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti. 

"Dan sesiapa yang duduk dalam GLC itu mungkin orang politik mungkin tidak. Tapi orang itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampurkan urusan parti,".


Maka, bisikan minda saya tanpa ragu mengatakan hujah di atas tuntas membedakan antara insan bernama Anwar Ibrahim dengan ramai pemimpin Melayu lain terutamanya Melayu dalam Umno dan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. 

Mendengar dan menghayati pidato Anwar Ibrahim petang tadi, Kerajaan Rakyat merumuskan keseluruhan pidatonya kepada tiga mauduk dasar yang dianyam rapi antara satu dengan lainnya; Integriti, Keyakinan diri, Kekuatan peribadi. 

Lama dulu telah Kerajaan Rakyat hujahkan; kita semua perlukan Anwar Ibrahim! Kita semua perlukan pemimpin Melayu yang berani bukan kerna dia punya kuasa tetapi kerana dia punya keyakinan diri dan kekuatan peribadi. Jelas kini, Melayu yang berani, Melayu yang punya keyakinan diri, Melayu yang punya kekuatan peribadi, Anwar Ibrahim lah diantara orangnya!

Ketika bercakap kepada media selepas ucapan penggulungannya, Anwar sekali lagi menegaskan, ahli parti tidak sewajarnya terlibat dalam mana-mana perkhidmatan awam atau dalam kerajaan negeri. 

"Isunya ialah individu itu perlu benar-benar profesional untuk mengendali sesebuah organisasi dan tidak mewakili parti.

"Parti tidak wajar dilihat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan awam urusniaga negeri. Kita mesti mengasingkan tanggungjawab mereka," katanya lagi.

Sofi Yassin kerajaan rakyat to Anwar Ibrahim
Tahniah Anwar!! Ante fahami kini;
Sesungguhnya majoriti ahli akar umbi PKR mencurigai longgokan parasit dalam gambar di sini, terutamanya duet ini, demi kelangsungan masa depan parti.