Saturday, May 18, 2013

Nurzaidah: Kenyataan dangkal Zahid Hamidi sama seperti sesetengah guru

Kenyataan kurang cerdik yang dikeluarkan oleh seorang menteri Umno (Baru) BN dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak pasca pru13 bukan sahaja menarik perhatian masyarakat awam dan penganalisa politik, malahan ia juga turut menarik perhatian Nurzaidah Sofi, pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah di Selangor.
Nurzaidah: Kenyataan Zahid Hamidi sama seperti sesetengah guru

Dalam email Nurzaidah kepada ayahnya, beliau meluahkan rasa mual lantaran terdapat sesetengah guru yang berfikiran dangkal mengeluarkan kenyataan "Any students who don't like this school can change to another school" yang agak seirama dengan kenyataan dangkal Datuk Seri Zahid Hamidi.


Dalam isu ini, Kerajaan Rakyat tidak mengaut pukal keseluruhan guru, tetapi hakikatnya terdapat ramai guru yang dangkal fikirannya! Kerajaan Rakyat yakin Nurzaidah seorang pelajar yang amat menghormati guru-gurunya yang dedikasi, berfikiran terbuka dan matang kerna beliau dididik dan diasuh untuk berhemah dan berfikiran kritikal. Ayah Nurzaidah adalah bekas pengetua sekolah dan emak Nurzaidah seorang guru besar di sebuah sekolah kebangsaan di Selangor. Doa Kerajaan Rakyat agar Nurzaidah akan terus ceria dan berjaya, insyaAllah.

Nasihat Kerajaan Rakyat kepada warga guru, jangan keluarkan kenyataan yang memungkinkan penghormatan para pelajar kepada kalian menjadi pudar.
Nurzaidah: Kenyataan Zahid Hamidi sama seperti sesetengah guru

I love you my daughter.... love you so much.