Thursday, May 30, 2013

Pemilihan Agong Umno (Baru) selepas pindaan perlembagaan

umno pengkhianat
Umno Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara
Umno Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara
Buat pertama kali dalam sejarahnya, Pemilihan Umno (Baru) 2013 akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan Umno (Baru) 2013 menarik perhatian ramai:
  • 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
  • Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
  • Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.
Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

  • Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian
  • Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian
  • Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian
  • Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian
  • Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian
  • Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian
  • Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian
Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?
Umno Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara
Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.

"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau. 

Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.

"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri. Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk pimpinan?" tambah beliau.

Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?

Kepada anak bangsa, 
Berpadalah menyokong umno
Umno mengaku kononnya berjasa
Sebenarnya kerana umno Melayu binasa!
Pemimpin kaya raya, rakyat miskin hidup melata!

Ingatlah demi Agama, Bangsa dan Negara, pemerintahan rakus regim umno/BN wajib kita tumpaskan. BUKAN kerana kita gila kuasa TETAPI kita wajib ambil kuasa daripada mereka yang gila kuasa!!!

Salaam Perjuangan, Salaam Persaudaraan,
Mohd Sofi Yassin ~ KerajaanRakyat