Friday, May 10, 2013

PKR Selangor masih bermimpi


Zuraida Kamaruddin
Inilah Makcik mulut becok. Menyampah aku !
"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri. 

Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS negeri.

Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi. 


PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama.

Dalam kenyataannya Mohd Sany berkata, Pemuda PAS negeri berharap pimpinan Pakatan Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar itu dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.

Sementara itu, Zuraida yang juga ketua Wanita PKR dilaporkan menggesa PAS dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan menteri besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu kerana ia akan diputuskan PKR Pusat.

"Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan PAS dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian (Pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Rani (Osman) pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.

"Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya," laporSinar Harian yang memetik laporan sebuah portal berita.