Saturday, May 11, 2013

Presiden dan Setiausaha Agong Gerakan letak jawatan


Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow
Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.

Selepas mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan pemimpin Gerakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata, mereka membuat keputusan untuk bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Gerakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun, apabila proses pemilihan parti bermula.

Koh berkata Gerakan, seperti MCA, tidak akan mernima sebarang jawatan kabinet peringkat pusat, tetapi akan menerima jawatan di peringkat negeri.

Koh akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Mei manakala Teng pula pada pada 11 Mei.

Beliau berkata, pemilihan peringkat cawangan Gerakan akan bermula akhir bulan Jun manakala pemilihan peringkat pusat pada 26 Oktober.

Selain mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Gerakan, Koh berkata peletakan jawatannya adalah satu keputusan yang dibuat untuk membuka jalan kepada pemimpin baru dan preoses "pembaharuan" dalam parti.

"Saya akan terus menyokong dan berkhidmat kepada parti dengan memberi nasihat dan idea jika dan apabila diperlukan.

"Saya juga merancang untuk menyumbang kepada program latihan Gerakan untuk ahli-ahli parti," katanya.