Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Wednesday, May 22, 2013

Rakyat miskin papa, pemimpin kaya raya


Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji
Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji
hey.... senangnya hidup ini
ku rembat duit ikut suka hati
tiada yang berani halangi
kuasa negeri aku pegang sendiri
KUCHING - Gaji bulanan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri dan anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, Timbalan Speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 ke pada RM35,000; menteri kanan dan Speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan Timbalan Speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota Dewan Undangan Negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada tahun 1992. - Bernama