Friday, May 17, 2013

Sehelai baju T dan topi berlogo 1Malaysia untuk setiap belia Malaysia


Khairy Jamaluddin menteri untuk rakyat malaysia
Kalau ikhlas cakap anak menantu Abdullah Badawi ni, kira dahsyat jugak idea dia. TETAPI, Kerajaan Rakyat rasa ini sekadar cakap politik! Walau bagaimanapun adalah wajar kita beri dia peluang hingga akhir tahun 2013 ini untuk buktikan keikhlasannya.

Menteri belia dan sukan yang baru dilantik dalam kabinet pasca pru13, Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata.


Justeru, katanya, beliau akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda kementeriannya untuk menyahut seruan national reconciliation (kerukunan nasional) perdana menteri.

"Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog.

"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerukunan nasional oleh Datuk Seri Najib Razak susulan fenomena yang digelarkannya sebagai "tsunami Cina" semasa pilihan raya umum.

Kerajaan Rakyat harap jangan pula beralasankan 'kerukunan nasional' atau perpaduan kaum dia merancang untuk beri semua belia Malaysia sehelai baju T dan topi berlogo 1Malaysia setiap seorang dan itu yang dimaksudkan sebagai "menteri untuk rakyat Malaysia"!