Tuesday, May 14, 2013

Terselamat daripada jadi mangsa kerakusan politik "balaci" Anwar Ibrahim.


Bismillahir Rahmanir Rahim
Terima kasih Allah
Pertamanya, Kerajaan Rakyat, anak Johor, menetap dan menjadi pengundi berdaftar di Selangor memanjat rasa syukur kehadrat Illahi kerna rakyat di negeri terkaya di Malaysia ini telah terselamat daripada menjadi mangsa kerakusan politik "balaci" Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbekalkan tomahan jijik, "budak suruhan" Anwar Ibrahim itu mendakwa: "Saya percaya khabar–khabar angin ini dimulakan oleh UMNO – BN."

Justeru malu alah lantaran keceluparan sendiri, "balaci" itu mengaitkan pula bossnya sendiri dalam kedangkalan politik hampraknya! Katanya; "Dato’ Seri Anwar sendiri telah meminta saya bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana parti sangat tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar Negeri Selangor."

Apapun, dengan kenyataan BERNAMA di bawah; Kerajaan Rakyat mengucapkan tahniah kepada rakyat Selangor kerna Allah SWT kurniakan kita sekelian dengan seorang pemimpin berpengalaman dan berintegriti

Kerajaan Rakyat juga mengucapkan takziah kepada politikus sampah yang menjadi juru angguk kepada balaci itu. Nasihat KR, jangan berpolitik kerna nafsu! ... dan ini untuk ante sendiri beb!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi esok.

Perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

KR: Harap Tan Sri Khalid Ibrahim baca nota penting ini.


Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

Tan Sri Khalid Ibrahim
Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

-Bernama