Wednesday, May 22, 2013

Teruskan demonstrasi jalanan, baik untuk ekonomi negara

demonstrasi jalanan
Suara Rakyat Suara Keramat
Suara Rakyat Suara Keramat
Peningkatan demonstrasi jalanan di Malaysia secara umumnya tidak memberi kesan buruk kepada pelancongan, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Sebaliknya, kata beliau, sektor tersebut mencatatkan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan.


Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mohd Nazri berhujah bahawa data pelancongan tidak menunjukkan sebarang impak daripada demonstrasi jalanan.

Sejak beberapa tahun lalu, tambahnya, trend menunjukkan bahawa setiap tahun terdapat peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan, kecuali pada tahun 2003, kerana SARS dan kemelesetan ekonomi global.

Berikutan trend itu, katanya, antara tahun 2008 sehingga kini terdapat banyak demonstrasi haram yang telah berlaku, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan."