Monday, May 13, 2013

Ulama Muktabar, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa
Bismillahirrahmanirrahim

Berbekalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat, Umno (Baru) BN, sebuah parti Melayu layu yang dikepalai Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty gagal mempertahankan Kerajaan BN Kelantan dalam pilihan raya umum ke8 pada tahun 1990. Parti Islam Se-Malaysia (PAS), di bawah pimpinan Ulama Muktabar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan izin Allah SWT telah berjaya menyelamatkan negeri Kelantan daripada terus diratah-rakus oleh Umno BN.

Setelah sepenggal Kelantan di bawah tadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS), pada tahun 1995 dalam pilihan raya umum ke9, Umno (Baru) BN, sebuah parti Melayu layu yang dikepalai Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty yang menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan telah cuba merampas kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu, tetapi mereka gagal.


Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty
Dalam pilihan raya umum ke10 pada tahun 1999, sekali lagi  Umno (Baru) BN, sebuah parti Melayu layu yang dikepalai Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty yang menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan telah cuba merampas negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan keputusannya, mereka gagal!

Lantaran cemuhan dan tekanan dari partinya sendiri, Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty telah terpaksa melepaskan jawatan presiden Umno (Baru) dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kaki tidur, zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi telah mengambil-alih tempat Mamak Kerala, Mahathir s/o Iskandar Kutty sebagai presiden Umno (Baru) dan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003.

Kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi
Tahun 2004, pilihan raya umum ke11 telah diadakan. Kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi yang ketika itu presiden Umno (Baru) BN berbekalkan watak waraknya tetapi masih tetap mengamalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat telah mencuba nasib untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang. Keputusannya mereka tetap kecundang!

Selepas sepenggal, kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin merakus khazanah negara, tibalah masa untuk pilihan raya umum ke12.

Tahun 2008, pilihan raya umum ke12 diadakan. Sama seperti semasa pilihan raya umum ke11, kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi yang masih memegang jawatan presiden Umno (Baru) BN berbekalkan watak waraknya tetapi mengamalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat telah mencuba nasib buat kali dua baginya untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang. Keputusannya mereka tewas!

Dato' Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Akibat daripada permainan politik khianat Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty, kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi terpaksa berundur. Tempatnya disambut oleh kekasih Altantuya Shaariibuu; Najib Razak. Altantuya Shaariibuu mati akibat ledakan C4 yang umum dakwa ia nya hasil kerja khianat oleh isteri Najib Razak, Rosmah Mansor.

Buat pertama kalinya pada 5hb Mei 2013, anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua; Tun Abdul Razak Hussein, Najib Razak mengepalai partinya, Umno (Baru) BN dalam pilihan raya umum ke13.

Seperti Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty dan kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi, Dato' Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak turut mengamalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat telah mencuba nasibnya untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan daripada pimpinan Ulama Muktabar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keputusannya Najib tewas jua!
Ulama Muktabar, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sempena pengunduran Ulama Muktabar, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada jawatan Menteri Besar Kelantan, Kerajaan Rakyat dengan rendah diri dan luhur merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas segala usaha gigih, jujur dan ikhlas yang telah Tok Guru tampilkan dalam membangunkan sebuah kerajaan negeri yang menjurus kepada pentadbiran yang dituntut Islam. Harapan dan doa semoga Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta keluarga sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redha Allah SWT jua hendaknya. Ameen Ya Rabb.

Sofi, Kerajaan Rakyat
Casa Tropicana, Damansara
2.30am 13 May 2013