Friday, May 3, 2013

Watikah menggesa anak-anak Kelantan undi PAS


Pelakon Malaysia, Mustafa Kamal, kelmarin mengejutkan ramai apabila tampil dengan lagak bagai seorang panglima.
Pelakon Mustafa kamal membaca Watikah menggesa anak-anak Kelantan undi PAS
Berpakaian Melayu tradisional serba hijau, beliau menunjukkan sokongannya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan membacakan satu 'watikah'.
Watikah itu juga turut mengandungi ikrar yang menggesa "anak-anak Kelantan" di Kuala Lumpur supaya pulang ke negeri pantai timur di utara Malaysia itu pada hari mengundi, Ahad ini.
Mustafa tampil di satu sesi ceramah pilihan raya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, lewat malam kelmarin.
Warga Kelantan digesa supaya pulang ke tanah kelahirannya untuk mengundi PAS.
Menurutnya, ini bagi mengekalkan kerajaan parti komponen Pakatan Rakyat itu di tengah-tengah saingan hebat daripada Umno-Barisan Nasional (BN).
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Malaysia kali ini dijangka paling sengit yang pernah dihadapi negara itu sejak ia mencapai kemerdekaan pada 1957.