Wednesday, June 12, 2013

Anwar Ibrahim sedang memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Anwar Ibrahim
Anwar sedang memperlahankan zaman kejatuhannya!
Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya.

Salaam Persaudaraan Islam,
Salam Perjuangan buat Saudaraku. Anwar Ibrahim.
Ikhlas dari: Mohd Sofi Yasssin, Kerajaan Rakyat.