Wednesday, June 19, 2013

Bicara Minda: Kestabilan politik mestilah berlandaskan siasah agama

Zahid hamidi dan Lim Guan Eng
Kestabilan politik mestilah berlandaskan siasah agama
Yusuf al-Qaradhawi dan Anwar Ibrahim
BICARA MINDA ~ Sofi : Siasah lazimnya ditakrifkan sebagai politik. Ini merujuk kepada makna siasah itu sendiri yang bermaksud politik. Maka itu andai ada yang bicara hal siasah, ianya tuntas dimengertikan sebagai bicara politik. Kerajaan Rakyat berpendapat; Walaupun siasah dan politik mempunyai persamaan dari segi maksud, tetapi andai diamati, siasah bukan hanya berkisar dari sudut politik kenegaraan, malah saya kira semua perkara berkaitan perlakuan seseorang manusia itu juga harus dimengertikan sebagai siasah.

Ulama muktabar Yusuf al-Qaradhawi (gambar kiri al-Qaradhawi bersama Anwar Ibrahim) pernah menegaskan dalam kitabnya Fiqh Kenegaraan; Islam telah menyiapkan cara yang sempurna bagi mengatur manusia. Cara itulah yang dipakai bagi mengatur kehidupan politik.

Buku Yusuf al-Qaradhawi itu turut menyebut; Tanpa kuasa politik atau siasah, negara tidak dapat melaksanakan kewajipan mengajak masyarakat supaya melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan, berjihad, menegakkan keadilan, mendirikan sembahyang dan menolong orang yang teraniaya.

Pada fahaman Kerajaan Rakyat, pandangan Yusof al-Qaradhawi itu jelas menunjukkan bahawa kesempurnaan dalam Islam perlu disulami dengan pengamalan yang konsisten. Kebangkitan kekuatan jiwa amat penting untuk membina sikap istiqomah dalam ibadah harian.

Kerajaanrakyatblogspot
Dari situlah akan timbulnya keazaman untuk melakukan ibadah dengan lebih baik dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun semangat membara yang sementara akan hanya memusnahkan keseluruhan keazaman jika ianya tidak dilakukan secara berperingkat dan bersederhana.

Justeru, bersandarkan kepada pendapat yang dikutip daripada kitab Fiqh Kenegaraan itu, Kerajaan Rakyat memilih untuk bersederhana tetapi konsisten dan istiqomah dalam siasah harian insani.

Kerajaan Rakyat ikuti dengan rapat dan rapi perkembangan politik / siasah negara pasca pilihan raya umum ke-13. Kerajaan Rakyat juga menilai dengan penuh berhati-hati setiap catur politik pimpinan parti. Malah tika masa merehatkan minda, Kerajaan Rakyat memerhati dengan penuh minat gelagat beberapa penganut tegar parti politik dari jurusan dan peringkat yang berbeda. Dalam kembara laman siber, Kerajaan Rakyat terjumpa penganut fahaman politik yang songsang jatidiri; dinilai dari komentarnya, jelas penganut fahaman politik ini menganggap politik hanya sebagai medan bermusuhan.


Mengamati dan memahami gambar di atas, jelas mengiakan bahawa sesungguhnya bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan mengambil politik atau siasah sebagai landasan untuk bersahabat dan bermuzakarah sekalipun kekadang mereka berbeda pandangan sepertimana yang disebut oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya, Fiqh Kenegaraan.

Justeru, bagi mereka yang tinggi darjat mindanya akan menerima secara positif, insaf dan ikhlas penceritaan daripada gambar YAB Lim Guan Eng dan YB Ahmad Zahid Hamidi di atas. Komen murahan "Zahid.... lu serupa LALANG laaaa...." seperti yang ditulis oleh Liza MN (gambar di bawah) menggambarkan betapa pengomennya seorang yang rendah darjat mindanya dan mungkin pupus jatidirinya.
YAB Lim Guan Eng dan YB Ahmad Zahid Hamidi
Kerajaan Rakyat petik bicara minda Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah; Ibn Khaldun membahagikan siasah atau politik kepada dua perkara iaitu siasah akal dan siasah agama. Menurutnya, jika sesuatu peraturan itu digubal oleh ahli akal dan pembesar negara serta pakarnya maka itu adalah siasah akal.

Tetapi jika sesuatu peraturan atau undang undang itu mengikut apa yang diwajibkan oleh Allah SWT, diakui dan disyaratkan maka ia adalah siasah agama yang memberi manfaat kepada kehidupan dunia serta akhirat.

Maka itu, nasihat Kerajaan Rakyat kepada pengomen yang mengenalkan dirinya sebagai Liza MN memahami siasah agama yang disarankan dalam Islam agar insya Allah kamu dapat gunakan kepintaran murni insani, bukan perasaan dendam dan busuk hati manusiawi dalam menulis komen nilaian pandangan mata. Perlu diingat, Islam tidak menyarankan politik bermusuhan sepertimana yang mungkin kamu anuti.
Ibn Khaldun Muqaddimah
Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah juga menyarankan; untuk menggalakkan proses ke arah kestabilan politik ianya mestilah melalui siasah agama.

Liza MN, mungkin kamu perlu makan ini -