Sunday, June 23, 2013

DBKL keluar notis kosongkan Padang Merbok

DBKL keluar notis kosongkan Padang Merbok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu.
KR Blog

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Kita bagi masa sehingga pukul 12.15 tengah hari ini kepada mereka namun jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan tindakan akan diambil," katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok itu selepas perhimpunan Black 505 semalam.

"Semalam seramai 246 orang yang bermalam di sini dan hari ini kita akan bertindak mengikut keadaan semasa serta bergantung kepada arahan DBKL," katanya.

-Bernama