Tuesday, June 25, 2013

Fahami Perlembagaan: Ucapan Agong untuk dibahaskan, bukan arahan

"Agong berucap berdasarkan usul oleh perdana menteri untuk pertimbangan Parlimen dan kita akan pertimbang dan bahas supaya Agong dapat maklumat tentang kecurangan besar pilihan raya.

"Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan,"

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam majlis perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.

Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya. 
hehehe
"Ucapan Tuanku adalah titah Diraja atas usul oleh perdana menteri bagi pihak kerajaan. Dan itu membolehkan ada perbahasan terbuka. katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak untuk menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Baginda juga bertitah agar ahli Parlimen tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memusnahkan negara. 

Selain itu, Anwar berkata lagi, berdasarkan konvensyen demokrasi, menjadi amalan biasa bagi setiap titah Agong untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat. 

"Dalam semua konvensyen demokrasi, ucapan yang dicadangkan oleh PM adalah untuk berdebat di Dewan Rakyat. Ia adalah amalan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen," katanya lagi. 

Sementara itu, bekas timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Jaafar ketika ditemui pemberita berkata, titah yang diucapkan oleh Tuanku berasal daripada istana. 

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa dalam perlembagaan, sebagai pemerintah, Agong akan melaksanakan tugasnya di atas nasihat perdana menteri. 

"Ucapan ini datang dari istana tetapi nasihat perdana menteri boleh diambil dari pelbagai cara," katanya.

Wan Junaidi juga bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada titah Tuanku itu daripada pejabat perdana menteri. 

Katanya, dalam titah baginda, Tuanku masih mempunyai budi bicaranya sendiri ketika membaca titah tersebut dan hanya menerima nasihat daripada ketua eksekutif.