Friday, June 21, 2013

Himpunan Black505: Parang Panjang, Pedang Samurai, Kapak Terbang dan Molotov Cocktail

kerajaanrakyatblog
yang ini brader Jai tengah belajar nak jadi samurai.. ahakzzz
Himpunan Black505: Parang Panjang, Pedang Samurai, Kapak Terbang dan Molatov Cocktail

Himpunan Black505 di Padang Merbok 22 Jun 2013
Macam-macam karut, qharaq dan celaru punya statement yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak akhir-akhir ini. Kerajaan Rakyat menganggap kebanyakan kenyataan polis kebelakangan ini berkaitan Himpunan Black505 di Padang Merbok yang dijadualkan esok, 22 Jun 2013 sebagai gambaran kecelaruan minda pihak atasan PDRM itu sendiri. Maruah dan harga diri beberapa pegawai atasan PDRM seakan telah dipukau dan dijajah oleh kerakusan pemimpin Umno BN.

Datuk Seri Salleh Mat Rasid
"Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan," begitulah maksud kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid semalam yang dapat difahami.

Persoalannya sekarang; Apakah pihak polis ingat peserta Himpunan Black505 di Padang Merbok pada Sabtu 22 Jun 2013 nanti akan bawa bersama parang panjang? akan bawa kapak terbang? akan bawa meriam karbait? akan bawa senapang patah? akan bawa molotov cocktail? akan bawa keris berlok tujuh? akan bawa kerambit sisik? akan bawa pedang samurai?

Atau, apakah pihak polis sengaja berhajat untuk berperang dengan rakyat terbanyak yang ingin menuntut keadilan dan cintakan keamanan serta kesejahteraan hidup di bumi Malaysia tercinta?

Wahai Datuk Seri Salleh Mat Rasid, ketahuilah bahawa dengan kenyataan saudara semalam jelas menampakkan betapa celarunya minda saudara dalam menangani kebangkitan rakyat marhaen yang selama lebih 56 tahun ditindas, ditipu dan permainkan oleh regim zalim Umno BN dengan pihak polis sendiri kerap memberi kerjasama dalam kerja-kerja durjana!


Kerajaan Rakyat harapkan polis untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya, bukan mengeluarkan kenyataan mengugut dan bertindak mengancam keselamatan rakyat marhaen !!

Sejarah telah membuktikan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini kesemua perhimpunan kebangkitan rakyat berlangsung dengan aman dan tenteram jika pihak polis tidak terlebih dahulu bertindak ganas.

Dalam banyak insiden, pertempuran antara peserta himpunan aman dengan pihak polis dimulakan oleh pihak polis sendiri. Malahan dalam beberapa himpunan aman terdahulu, pihak polis turut menyamar sebagai peserta himpunan dan kemudiannya polis yang menyamar itulah yang melakukan provokasi dan keganasan.

Sekali lagi Kerajaan Rakyat ingin ingatkan kepada pihak polis: Hormatilah inspirasi rakyat yang inginkan keadilan wujud di bumi Malaysia tercinta ini, dan pastinya rakyat juga akan menghormati pihak polis.

Harapan dan doa Kerajaan Rakyat buat seluruh anggota polis Malaysia agar dapat menjalankan tugas dan memikul amanah sepertimana yang dituntut dalam Islam.

Pemimpin adil; Rakyat sejahtera, negara aman sentosa.
Pemimpin zalim; Rakyat sengsara, negara gegar bergelora.

Salam Takzim dari Kerajaan Rakyat buat seluruh anggota polis dan terima kasih kerna membaca.

Memburu Dosa 
Menuju Barzakh yang hakiki