Friday, June 28, 2013

Jahat betul la kerabat diraja sorang ni

Kerabat diraja, dua lagi dihukum penjara
Mahkamah Sesyen di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada seorang anggota kerabat diraja kerana dituduh mencederakan peninju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir
Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, (gambar kiri berbaju kuning), Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohamad Arif Husin selepas mendapati ketiga-tiga individu tersebut bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada Farkhan.

Katiga-tiga individu tersebut diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini apabila hakim menolak permohonan mereka untuk menangguh pelaksanaan hukuman sebelum membuat rayuan.

Peguam Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati bagi peninju kebangsaan tersebut, yang pernah memenangi pingat emas dalam temasya Sukan SEA.

Berita terdahulu:
Pukul peninju: Dua lelaki didakwa di mahkamah
25/06/2012   5:24pm


JOHOR BAHRU – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menyebabkan kecederaan parah ke atas peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24 pada Mei lalu.

Alex Foo Hee Wee, 41, dari Taman Sri Tebrau dan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dari Istana Bukit Kesenangan, Jalan Abdul Samad bersama empat lagi individu yang masih bebas, didakwa melakukan kesalahan tersebut, antara 4.30 pagi hingga 7 pagi pada 6 Mei di No. 44, Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini.

Mereka yang menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata tumpul didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir

Hakim Zamri Bakar membenarkan permohonan peguam pembela untuk membebaskan mereka dengan ikat jamin RM12,000 setiap seorang.

Zamri menetapkan 12 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Muhamad Farkhan yang pernah memenangi pingat emas pada Sukan SEA Laos 2009, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul sekumpulan enam lelaki selepas menonton perlawanan akhir Piala FA Ke-131 antara Chelsea dan Liverpool. – BERNAMA