Thursday, June 6, 2013

Jambatan kedua Pulau Pinang runtuh

Jambatan kedua Pulau Pinang runtuh
Terkini : Sebahagian jambatan kedua Pulau Pinang runtuh
Sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang runtuh dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam ini.

MP Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada di lokasi kejadian berkata bahagian jejambat sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung itu runtuh dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, beliau menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam tadi dan sampai ke tempat kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam.

Sepasukan anggota bomba kini sedang membersihkan sisa runtuhan tersebut, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau belum mendapat angka rasmi namun pihak bomba mengesyaki terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta di bawah runtuhan tersebut, katanya.

"Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam.

Jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada September 2013.