Thursday, June 27, 2013

Kueh Raya: Cuba Terai Test, Belum terai test belum tahu

Kueh Raya: Cuba Terai, Belum terai belum tahu
Setiap tahun sudah jadi semacam amalan rakyat Malaysia terutama di bandar-bandar besar dan para isteri yang bekerja bila dekat bulan puasa Ramadhan, yang difikirkan adalah kueh raya. Bukan macam mana hendak buat kueh raya tetapi kueh apa dan di mana hendak beli kueh, itu yang menjadi topik perbincangan dikalangan ramai wanita bekerja.

Kalau diikutkan nafsu, selori kueh hendak ditempah, tetapi budget perlu difikirkan juga.

Sebagai khidmat masyarakat dan kemudahan para isteri yang memang jenis buat kueh "tunjuk-tunjuk", Kerajaan Rakyat memberi peluang kepada para usahawan, pembuat dan pengedar kueh raya untuk mempromosikan kueh mereka di sini.

Apa yang pembuat dan pengedar kueh raya perlu lakukan hanya tuliskan senarai kueh raya, harga dan number telephone kalian di ruangan komen. Jika kalian ada blog atau website sendiri, sila pautkan agar lebih mudah bagi isteri-isteri yang jenis malas buat kueh tapi nak kueh. ahakzzz ahakzzz...

InsyaAllah jika ada kelapangan dan kalau rajin, Kerajaan Rakyat akan tolong promotekan kueh kalian free of charge di blog Warta Kerajaan Rakyat dan blog ini, juga dan di facebook ini. Kalau kalian dapat banyak untung nanti, lebihkan derma untuk fakir miskin menjelang hari raya Aidilfitri nanti. Harapan dan doa semoga segala usaha kalian diberkati Allah swt hendaknya.



Tuliskan:
- Senarai kueh raya, 
- Harga
- Number telephone kalian di ruangan komen di bawah ini.