Wednesday, June 19, 2013

Nasib seorang insan bernama Anwar Ibrahim, ketawa dalam tangis

insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang
Nasib seorang insan bernama Anwar Ibrahim, tadi marah, kini ketawa dalam tangis. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang.
Kerajaan Rakyat and friends

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan.

"Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar. 

"Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar.

Zainal Abidin semalam berkata, Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.

Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu.




BICARA MINDA