Tuesday, June 18, 2013

Pengendali portal online ditahan

kerajaanrakyat
PUTRAJAYA - Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang lelaki di Kota Bharu, Kelantan sejak beberapa tahun lalu terbongkar apabila dia ditahan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 11 Jun lalu kerana disyaki menjalankan kegiatan cetak rompak menerusi internet.
Siasatan KPDNKK mendapati suspek berusia 35 tahun itu merupakan pengendali portal www jiwang yang menyediakan perkhidmatan muat turun lagu dan filem Melayu kepada orang rami hingga mengakibatkan industri hiburan tanah air kerugian hampir RM10 juta sejak lima tahun lalu.
Pengarah Pengkuatkuasa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, lelaki itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota KPNDKK pada pukul 11.15 pagi dirumahnya selepas pihaknya menerima aduan daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)