Yang Amat Berhormat Mohamed Azmin Ali. Menteri Besar Selangor

Monday, June 17, 2013

Pihak berkuasa Arab Saudi kurangkan jemaah haji luar 20%

Kaabah
JEDDAH: Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengumumkan jumlah jemaah haji dari luar negeri akan dikurangkan sebanyak 20 peratus sementara jemaah tempatan pula 50 peratus tahun ini.
kerajaanrakyat
Pada masa yang sama, ia turut menggesa para jemaah menangguhkan niat mereka ke tanah suci tahun ini bagi mengelakkan kesesakan dan kejadian rempuhan ekoran kerja-kerja peluasan kawasan tawaf yang sedang dijalankan di Masjidil Haram.
Akhbar Arab News semalam melaporkan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menyokong gesaan itu kerana ia dibuat demi kepentingan jemaah.
"Dengan membuat pengumuman ini, kerajaan kita bukan menghalang sesiapa pun daripada menunaikan haji tetapi meminta mereka menangguhkan ibadah itu bagi mengelakkan kesesakan dan membantu jemaah yang datang buat pertama kali, melaksanakan ibadah mereka tanpa sebarang kesukaran," kata anggota Jawatankuasa Haji dan Umrah bagi Dewan Perniagaan dan Perusahaan Makkah, Encik Saeed Al-Qurashi,
Menurut beliau, buat masa ini, kawasan tawaf hanya boleh menampung 39,000 jemaah bagi setiap satu jam.
"Sebaik saja kerja peluasan kawasan tawaf selesai, ia dapat menampung lebih 130,000 jemaah sejam. Jadi, adalah lebih baik bagi para saudara kita menunaikan haji tahun depan atau selepas dua tahun apabila mereka dapat menjalankan ibadah dengan lebih mudah," kata Encik Al-Quraishi.


Timbalan Menteri Haji, Encik Hatem Qadi, turut menekankan peri pentingnya langkah mengurangkan jumlah jemaah haji dari luar dan dalam negeri pada tahun ini.
"Tempoh kita kurangkan bilangan jemaah tidak akan melebihi dua tahun," jelas beliau.
Sementara itu, pegawai konsul India bagi urusan haji, Encik Mohammed Noor Rahman Sheikh, berkata negerinya merancang menghantar lebih 170,000 jemaah haji tahun ini dan telah mengemukakan rayuan agar kuotanya tidak dikurangkan kerana persiapan kini di peringkat akhir.
Rabu lalu, kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah turut memotong kuota jemaah haji Indonesia sekitar seramai 42,000 orang.
Kuota haji Indonesia sebelum ini ialah 211,000 jemaah.
Pemerintah Indonesia bagaimanapun telah mengemukakan surat rayuan kepada Arab Saudi menyatakan kekecewaan dan keinginan agar pengurangan dibatalkan, lapor laman berita Tempo.

BAGAIMANA BIJI APRIKOT (VITAMIN B17) MEMBUNUH SEL KANSER?