Saturday, June 8, 2013

Ramai orang cakap, Rosmah yang suruh bunuh Altantuya

Ramai orang cakap, Rosmah yang suruh bunuh Altantuya
Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya
Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

Gini je lah, kerajaan rakyat nak beritau kat Ariunna Shagdarsuren dan J Erdenechimeg serta semua delegasi dari Mongolia; ramai rakyat Malaysia berpendapat antara orang yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya adalah Rosmah binti Mansor dan laki dia Najib bin Razak. Pendapat ramai ini dikuatkan dengan keengganan Najib bin Razak untuk menjelaskan bagaimana peledak C4 boleh bolos daripada simpanan bilik kebal, sedangkan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal berkaitan.


"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"