Sunday, June 30, 2013

Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) lancar motosikal Modenas 118EFI

GEORGE TOWN - Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) hari ini melancarkan motosikal varian terkini CT iaitu Modenas 118EFI.
Motosikal ini menampilkan teknologi sistem pancitan bahan api yang pertama dalam segmen moped di negara ini.
Pada tanda harga RM4,775.40, ia lebih efisien, mesra alam dan memenuhi tahap piawaian emisi Euro 3.
Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil pada DRB Hicom Auto Fest di SPICE.dekat sini pagi tadi.