Tuesday, June 4, 2013

Terbuka Perancis: Sharapova, Azarenka ke suku akhir

Maria Sharapova
Maria Sharapova
PARIS 4 Jun - Maria Sharapova semakin hampir mempertahankan kejuaraan tenis Terbuka Perancis apabila mara ke suku akhir selepas menewaskan lawannya dari Amerika Syarikat Sloane Stephens 6-4, 6-3 hari ini.

Sementara itu, pilihan ketiga kejohanan, Victoria Azarenka menyingkirkan bekas juara dari Itali, Francesca Schiavone 6-3, 6-0 untuk ke suku akhir. - Agensi

Jadual suku akhir

Serena Williams (USA x1) lwn Svetlana Kuznetsova (RUS)

Agnieszka Radwanska (POL x4) lwn Sara Errani (ITA x5)

Maria Kirilenko (RUS x12) lwn Victoria Azarenka (BLR x3)

Jelena Jankovic (SRB x18) lwn Maria Sharapova (RUS x2)