Friday, June 28, 2013

Ugut bunuh PM, pensyarah dipenjara 6 bulan

Seorang pensyarah universiti dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri dalam laman sosial Facebook.

pm
DHAKA 28 Jun - Seorang pensyarah universiti di Bangladesh dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Sheikh Hasina dalam laman sosial Facebook.

Pendakwaraya, Tapash Kumar Pal berkata, pensyarah terbabit, Hafizur Rahman Rana, 28, didapati bersalah memfitnah dan mengancam untuk membunuh Hasina.

Bagaimanapun, Hafizur tiada di mahkamah ketika keputusan dibacakan kerana masih bersembunyi sejak beberapa bulan lalu selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi itu. - AFP