Tuesday, July 23, 2013

Gaung jadi 'port' posmen buang surat

Gaung jadi 'port' posmen buang surat
KUALA LUMPUR: Gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur ini dicemari 'rahsia hitam' apabila ia dikenal pasti sebagai tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar.
Beribu-ribu surat yang tidak dihantar dicampakkan ke gaung yang terletak berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, itu.
Hasil aduan penduduk yang menemui surat-surat itu, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan.
Seorang kakitangan Pos Malaysia (dalam gambar) memeriksa surat-surat yang dibuang itu dan mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1.
Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya.
Ketua Operasi Pos Malaysia, Encik Helmi Hashim, berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat.