Thursday, July 25, 2013

Jeng jeng jeng... Cerita Najib lagi....

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam manakala sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos ini.
Menurut beliau, penjawat awam yang layak menerima bantuan tersebut membabitkan kakitangan Gred 1 hingga Gred 54, manakala semua pesara kerajaan berjumlah 660,000 layak menerima bantuan tersebut.
Najib memberitahu, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.


"Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM670 juta dan RM165 juta," kata Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Selain bantuan khas itu, Najib memberitahu, penjawat awam juga bakal menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini.
"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1 KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (hari ini).
"Kenaikan gaji tahunan dan pemberian faedah pemindahan gaji itu adalah sebagaimana yang diumumkan oleh saya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," kata Perdana Menteri.