Tuesday, July 9, 2013

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 setiap negeri di Malaysia

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 seluruh negeri di Malaysia
Kadar Zakat Fitrah 2013 Setiap Negeri Malaysia

Kadar zakat fitrah bagi tahun 2013 setiap negeri di Malaysia masih sama seperti kadar zakat fitrah pada tahun 2012.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2013

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah


Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
  • Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
  • Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat
  • Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh
  • Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram
  • Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Negeri
Tahun 2013 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00/8.00*
Pahang
7.00
Terengganu
4.50/7.00/7.60*
Kelantan
7.00
Sarawak
6.50
Sabah
7.00
Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan
7.00


*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenisdan gred beras.