Monday, July 22, 2013

Kesungguhan dan keikhlasan ADUN DAP dalam perjuangan terserlah

DAP
DAP Sarawak memperuntukkan hampir RM600,000 bagi menubuhkan cawangan di 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memecahkan penguasaan BN di kawasan luar bandar, kata pengerusinya Chong Chieng Jen. 

chong chieng jen interview"Kunci untuk reformasi nasional atau ubah landskap politik Sarawak bergantung kepada bagaimana prestasi kami di luar bandar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri semalam.

"Jika kami boleh pecahkan penguasaan BN di kawasalan luar bandar, ia akan menjadi langkah penting ke depan, jika tidak ia akan jadi selangkah ke belakang."

Chong berkata, dana untuk tujuan itu datang daripada sumbangan 13 wakil rakyat parti itu yang menyumbangkan wang tunggakan peningkatan elaun masing-masing.

Katanya, ekoran peningkatan elaun anggota DUN (ADUN) kepada RM15, 000 dengan undur tarikh kepada Januari tahun lepas, setiap mereka menerima tunggakkan sebanyak RM178,000.

"Daripada itu, setiap seorang daripada kami menyumbang 25 peratus (RM44,625) kepada jawatankuasa kerja luar bandar.

"Ini bagi menunjukkan bagaimana kami serius untuk memacu sokongan luar bandar," kata ADUN Kota Sentosa dan anggota Parlimen Bandar Kuching itu.