Saturday, July 27, 2013

Model berusia 22 tahun bebas keluar masuk penjara melakukan hubungan seks

Vanny Rossyane
"Saya ke sana pada 11 pagi dan tinggal di sana sehingga sekitar lima. Kami akan ML (make love) dan mengambil (dadah) crystal meth," kata model itu kepada sebuah media setempat, dengan menggunakan akronim 'ML' / make love mengisyaratkan bahawa mereka melakukan hubungan seks.
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah menggantung perkhidmatan seorang warden penjara kelmarin.
Ini selepas seorang model mendakwa beliau secara rutin bertemu dengan teman lelakinya yang sedang menghadapi hukuman mati, dalam sebuah bilik khas di penjara dan melakukan hubungan seks serta berkongsi mengambil dadah.
Dalam skandal terbaru melibatkan sistem penjara negara itu yang dianggap korup, Vanny Rossyane, 22 tahun (gambar), mendedahkan bahawa beliau melawat 'raja dadah', Freddy Budiman, tiga kali seminggu di kompleks penjara Cipinang di Jakarta.


"Saya ke sana pada 11 pagi dan tinggal di sana sehingga sekitar lima. Kami akan ML dan mengambil (dadah) crystal meth," kata model itu kepada sebuah media setempat, dengan menggunakan akronim 'ML' mengisyaratkan bahawa mereka melakukan hubungan seks.
"Ada dua bilik, kami saling bertukar-tukar (bilik). Satu daripadanya adalah bilik warden," kata Cik Vanny, sambil merujuk kepada Thurman Hutapea, warden kompleks penjara bagi banduan yang ditahan kerana kesalahan dadah.
Pendedahan itu disusuli dengan laporan media bersifat lucah dan komen-komen di laman Twitter - ada yang memburuk-burukkan pasangan tersebut dan ada pula yang menggesa agar warden penjara itu dipecat.
Seorang jurucakap bagi jabatan kemudahan pemulihan di kementerian keadilan Indonesia berkata warden penjara itu sedang disoal siasat.
"Dia digantung (daripada tugasnya) kerana kami harus menyoal siasatnya berdasarkan laporan-laporan yang diterima Rabu lalu. Kami akan menunggu hasilnya," kata beliau kepada AFP.
Budiman, 37 tahun, dijatuhi hukuman mati pada 15 Julai lalu oleh sebuah mahkamah di Jakarta kerana cuba menyeludup masuk 1.4 juta pil ecstasy dari China.
Budiman sudah pun dipenjarakan atas satu lagi kesalahan narkotik apabila dia cuba merancang penyeludupan itu.
Penjara Cipinang yang menempatkan banduan rasuah berprofil tinggi dan pengedar dadah mewah telah sekian lama dikecam kerana menawarkan layanan istimewa kepada mereka yang mampu membayarnya.
Penjara itu pernah menawarkan kepada beberapa banduan bilik-bilik khas yang besar dan membenarkan mereka membawa masuk pembantu rumah, perabot, alat hawa dingin dan televisyen.
Kes ini timbul selang dua minggu selepas satu kejadian ratusan banduan - termasuk empat orang pengganas - melepaskan diri daripada penjara. - AP.